RAHSIA KEK SPAN TINGGI DAN TAK JATUH, ILMU BUAT KEK DARIPADA WANITA YANG DAH BIASA BUAT KEK!

Loading...

Tak susah pun buat kek span tinggi tetapi kalau anda jenis suka derhaka pada resepi pasti hasilnya kelaut dan mungkin boleh jatuh walau dah biasa buat kek!

Sebab itulah kalau nak hasilkan kek span tinggi, anda kena ikut petua. Untuk tahu apa rahsianya, jom godek tip yang dikongsikan oleh wanita yang selalu buat kek, Puan Norrihan Ars

1. Panaskan oven lama skit sebelum masak bancuhan.. supaya suhu oven panasnya sudah mesra elok.. takde masalah kiri panas kanan kurang dan sebagainya.

2. Pukul hingga kental.. lama tak apa tapi once dah masuk minyak kaup balik sekejap je.. cuba sekatakan dengan kaup balik 2-3x sahaja.. tapi jika tak sekata tak apa, biar saja.

3. Guna ovallate. Jangan tanya kalau tak nak guna boleh tukar dengan apa.. i is tak tahu.

4. Ovallate cari yang colour dia bersinar-sinar jangan yang kusam.. yang kusam tu buat kek tak mahu jadi.. sebab lama.

5. Ikut resepi betul-betul, jangan derhaka!

6. Sapu butter atau shortening pada loyang tepi dan bawah atau spray.. bawah lapik kertas.. tepi tak payah lapik, baru dia keluar mulus tak ada bersepai tepi-tepi. Ramai tak sapu.. sebab itu bila keluarkan dari loyang tepi-tepi tak licin jadi bersepai-sepai. Nak deko pun kena crumb coat dulu dah jadi lambat.. ni tak payah.

7. Lepas masak jangan biar sejuk dalam loyang.. kalau tak ianya akan mengecut.. lepas keluarkan dari loyang terus transfer atas jaring lepas tu terus letak atas cake board.. tak perlu tunggu sejuk.. kek akan jadi lebih moist sebab stim yang terhasil akan terperngkap dalam kek… beza klu kita sejukkn 100% atas jaring.

Ini cara yang kak Ann buat.. lain orang lain cara terpulang pada masing-masing. Moga bermanafaat!

ARTIKEL TIPS YANG LAIN: Air Kurus Viral, Tak Sampai 5 Minit Minum Angin ‘Berzumba’ Keluar!

Air Kurus Viral, Tak Sampai 5 Minit Minum Angin ‘Berzumba’ Keluar!

Perempuan yang nak sangat buang lemak, eloklah cuba minum air kurus viral ini, sebab bahan yang diguna cukup mudah nak dapat dan lagi best kesannya mujarab! Petua kurus ini dikongsikan oleh Aisyah Badar Bajrai, yang mana dia sendiri mengamalkan minuman tradisional ini untuk jaga badan…

Dalam bebanyak resepi air kurus, Aisyah paling ketagih minum resepi ni. Camano la tak ketagih, makan banyak pun berat tak naik. Maintain jer.
Tapi yang paling best, tak sampai 5 minit minum, angin berzumba keluar. Tak tahu la dah berapa lama angin ni duk betapa dalam badan. Senggugut pun hilang.
AIR KURUS VIRAL
1 liter air
2 batang serai, diketuk
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara-cara:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20min. Tutup api, ambik setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam 30 minit sebelum makan.
Balance air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, ambik setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Minum waktu suam tau, baru mujarab.

Air ni bukan tuk kuruskan badan jek, tapi kalau amalkan minum hari hari, nanti badan kita KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI sebab bebahan yang kita guna semua best best.
KMC
– boost metabolisme badan
– kurangkan kolestrol
– Kurangkan selera makan
– lambatkan proses masuk dalam perut, jadi tak de la cepat rasa lapar
– lancarkan period dan servis dalaman
Serai
– bantu penghadaman
– buang toksin dalam badan
– kurangkan bau badan
– cantikkan kulit
– kurangkan stress
– cairkan lelemak degil
– anti kanser
– kurangkan kencing manis
– kurangkan jerawat kat muka

Halia
– buang angin dan toksin dalam badan
– pecahkan lemak
– hilangkan bau badan
– lancarkan perjalanan darah, muka berseri kusam
Lemon
– cuci kerak kerak lama dalam usus
– bakar lemak degil
– ada vit c, bagus untuk kulit
– anti kanser
– mengempiskan perut
Cengkih
– boleh mencegah stroke, cegah darah beku
– lancarkan pencernaan
– cantikkan kulit
– wangikan badan
Madu
– melancarkan darah
– tambahkan tenaga
– antioxidant
– mencegah kanser
– pemanis semula jadi

Siapa nak badan KURUS, kulit CANTIK, badan WANGI. Wajib try resepi ni. Memang bestt sangat!

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *